Monday, December 14, 2009

TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 (TETAP/KONTRAK)

Sukacita dimaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakan temuduga terbuka Jawatan Pegawal Keselamatan Gred KP 11 Khas untuk Bekas Tentera Yang Tidak Berpencen pada tarikh berikut :
  • Tarikh          :     16 Disember 2009 (Rabu)
  • Masa           :     8.00 - 10.00 ( Pendaftaran )
  • Tempat        :     Stadium Titiwangsa,Taman Tasik Titiwangsa, Jalan  Tembeling, 53200 Kuala Lumpur.
Sila bawa :
  1.  Kad pengenalan (Asal)
  2. Sijil kelahiran (Asal)
  3. Sijil-sijil persekolahan (Asal)
  4. Buku Perkhidmatan Tentera (Bagi bekas anggota tentera)
  5. Satu saalinan fotostat kad pengenalan, sijil persekolahan dan buku perkhidmatan tentera
  6. Sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan berpakaian kemas.
Syarat lantikan:
(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh temuduga.
(c)    (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf olehnya oleh  kerajaan; atau
       (ii) Bekas Prebet ATM yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
       (i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
      (ii)  Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
     (iii)  Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurang 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja).
    (iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan v/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
    (v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
dan
(e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 2(c)(i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.