Monday, February 8, 2010

TAKLIMAT KEMUDAHAN PERUBATAN DAN FAEDAH KEBAJIKAN KEPADA VETERAN ATM

JOHOR BAHRU - Taklimat Faedah Perubatan Kepada Veteran ATM telah pun berlangsung dengan jayanya pada hari Rabu, 27 Januari 2010 bertempat di Grand Blue Wave Hotel, Johor Bahru. Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pengarah 2 Bahagian Pencen, Kapt Salim bin Ibrahim dan Penolong Pengarah 3 Bahagian Pencen, Puan Siti Aminah bt Ismail. Manakala seramai 33 peserta mewakili 12 buah hospital kerajaan yang terdapat di negeri Johor telah menghadiri taklimat berkenaan.

Program ini telah memberi pendedahan kepada pihak hospital tentang kemudahan serta faedah perubatan untuk Veteran ATM yang layak. Selain itu, ianya bertujuan untuk menyeragamkan prosedur dalam memproses permohonan tuntutan bayaran balik perubatan dan mendapatkan kerjasama daripada pihak hospital dalam isu publisiti faedah perubatan terutama kepada Veteran ATM yang TIDAK BERPENCEN.

Secara keseluruhannya program taklimat ini telah berjalan dengan lancar dan peserta yang hadir menyuarakan rasa amat berpuas hati serta berharap taklimat seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa.

GAMBAR SEKITAR PROGRAM TAKLIMAT PADA 27 JANUARI 2010

Thursday, February 4, 2010

IMBASAN AKTIVITI PEJABAT JHEV ATM JOHOR SEPANJANG TAHUN 2009

SENARAI AKTIVITI RASMI YANG TELAH DIJALANKAN PADA TAHUN 2009
(sila klik jadual untuk melihat paparan yang lebih besar)

Wednesday, February 3, 2010

KAUNTER BERGERAK DI KOTA TINGGI

Pada 30 Januari 2010, JHEV Cawangan Johor telah mengadakan program Kaunter Bergerak dan Majlis Dialog bertempat di Dewan Serbaguna, Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor.

Program ini telah dilaksanakan selaras dengan objektif iaitu untuk membolehkan orang ramai khususnya warga Veteran ATM serta keluarga mereka mendapat pendedahan tentang kewujudan JHEV serta maklumat yang lebih lengkap dan tepat terutamanya mengenai peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan ini. Ia juga sebagai satu usaha promosi dan mendekatkan hubungan JHEV dengan warga Veteran ATM di daerah Kota Tinggi.

Program ini turut disertai oleh usahawan-usahawan Veteran ATM, Bank Muamalat dan Syarikat Perumahan Negara Berhad yang memberi penerangan tentang peranan dan projek-projek perumahan yang diuruskan oleh pihak SPNB khususnya Program Rumah Mesra Rakyat. Selain itu, seramai 19 orang bekas tentera telah dikurniakan Pingat Jasa Malaysia dalam majlis berkenaan.

Maklum balas yang diperolehi dari Veteran ATM menunjukkan mereka gembira dan berpuas hati dengan program ini kerana menerusi program Kaunter Bergerak dan Majlis Dialog, informasi berkenaan pencen, peluang kerjaya serta maklumat mengenai Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan dapat disampaikan secara langsung kepada mereka.

Sesi dialog Pengarah JHEV Cawangan Johor bersama Veteran ATM di Kota Tinggi.
Sesi bergambar penerima PJM bersama Pengarah JHEV Cawangan Johor.

Gerai usahawan Veteran ATM menerima sambutan yang amat menggalakkan.

Monday, February 1, 2010

PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)

PONTIAN, Johor - Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor, Mej Khaler bin Alias telah menyempurnakan pengurniaan PJM kepada 17 orang Veteran ATM pada 19 Januari 2010 yang lalu di Dewan Haji Mahrom Sg. Naga Laut. Kg Api-Api, Pontian.

 
Sepatah dua kata dari Pengarah JHEV ATM, Mej Khaler bin Alias sebelum memulakan majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM).
















Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada salah seorang veteran ATM oleh Pengarah JHEV ATM, Mej. Khaler bin Alias.

 
Pengarah JHEV ATM bergambar bersama-sama penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM).