Monday, February 8, 2010

TAKLIMAT KEMUDAHAN PERUBATAN DAN FAEDAH KEBAJIKAN KEPADA VETERAN ATM

JOHOR BAHRU - Taklimat Faedah Perubatan Kepada Veteran ATM telah pun berlangsung dengan jayanya pada hari Rabu, 27 Januari 2010 bertempat di Grand Blue Wave Hotel, Johor Bahru. Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pengarah 2 Bahagian Pencen, Kapt Salim bin Ibrahim dan Penolong Pengarah 3 Bahagian Pencen, Puan Siti Aminah bt Ismail. Manakala seramai 33 peserta mewakili 12 buah hospital kerajaan yang terdapat di negeri Johor telah menghadiri taklimat berkenaan.

Program ini telah memberi pendedahan kepada pihak hospital tentang kemudahan serta faedah perubatan untuk Veteran ATM yang layak. Selain itu, ianya bertujuan untuk menyeragamkan prosedur dalam memproses permohonan tuntutan bayaran balik perubatan dan mendapatkan kerjasama daripada pihak hospital dalam isu publisiti faedah perubatan terutama kepada Veteran ATM yang TIDAK BERPENCEN.

Secara keseluruhannya program taklimat ini telah berjalan dengan lancar dan peserta yang hadir menyuarakan rasa amat berpuas hati serta berharap taklimat seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa.

GAMBAR SEKITAR PROGRAM TAKLIMAT PADA 27 JANUARI 2010