JOHOR BAHRU - Pada 13 Februari 2010, bertempat di Dewan Orang Ramai Simpang Renggam, PBTM Bahagian Negeri Johor telah mengadakan Majlis Perasmian Penubuhan Koperasi Bekas Tentera Malaysia Negeri Johor Berhad yang disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia. Turut hadir ialah YBhg Mej Jen Dato' Zulkiflee bin Mazlan, KP JHEV ATM serta Mej Khaler bin Alias, Pengarah JHEV ATM Negeri Johor.
Dalam majlis ini juga turut disampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) veteran-veteran ATM yang layak serta pemberian cek IPTA kepada anak-anak veteran yang mendapat tawaran pengajian di IPTA dan politeknik. Turut disampaikan sumbangan kerusi roda dan bantuan bencana alam. Dengan sumbangan dan bantuan yang diberikan ini, diharap sedikit sebanyak dapat membantu veteran ATM dan keluarga meringankan beban yang mereka hadapi.
Sesi bergambar penerima PJM bersama Menteri Pertahanan Malaysia.
YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada salah seorang veteran ATM.
Veteran-veteran ATM yang hadir pada Majlis Perasmian Penubuhan Koperasi Bekas Tentera Malaysia Negeri Johor Berhad.