Monday, October 18, 2010

PENYERAHAN CEK RAYUAN HARI PAHLAWAN (RHP) PANGLIMA GERUP GERAK KHAS (GGK)

MERSING - Panglima MK 21GGK, Brigedier Jeneral Dato' Abd Samad bin Haji Yaakob telah menyempurnakan penyerahan cek kepada Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor, Mej Khaler bin Alias  pada 14 Oktober 2010 bersempena dengan Tabung Rayuan Hari Pahlawan (RHP). Tabung Rayuan Hari Pahlawan yang dilancarkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada 17 Julai 2010 lalu adalah bertujuan bagi membela nasib bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia.
Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor, Mej Khaler bin Alias menerima cek daripada Panglima MK 21GGK, Brigedier Jeneral Dato' Abd Samad bin Haji Yaakob

Friday, October 15, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BAGI PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERAYAAN TAHUN 2010 DAN DAN PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)

MUAR - YBhg. Mej Jen Dato' Zulkiflee bin Mazlan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah menyempurnakan Majlis Berbuka Puasa bagi Penyampaian Sumbangan Perayaan Tahun 2010 dan Penyampaian Pingat Jasa Malaysia di Hotel Classic Muar pada 8 September 2010. Dalam majlis ini, Ketua Pengarah JHEV ATM turut menyampaikan Sumbangan Perayaan kepada 5 orang pesara ATM berusia 70 ke atas, 14 orang penerima kategori balu, 10 orang kategori veteran OKU dan 14 orang kategori veteran OKU cedera semasa operasi. Dalam majlis yang sama, turut disampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM)kepada 21 orang veteran.
Ketua Pengarah JHEV ATM sedang menyampaikan ucapan sebelum memulakan majlis.
Ketua Pengarah JHEV ATM menyampaikan PJM kepada salah seorang veteran ATM.
Ketua Pengarah JHEV ATM menyampaikan sumbangan perayaan kepada salah seorang balu veteran ATM. 
Sebahagian penerima sumbangan raya dan pingat PJM yang hadir. 

SULTAN JOHOR SERAH SUMBANGAN RM 50,000

MUAR - D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim telah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat jelata di Masjid Jamek Sultan Ibrahim pada 28 Ogos 2010. Pada majlis tersebut, baginda telah menyerahkan sumbangan RM 50,000 kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, YBhg. Mej Jen Dato' Zulkiflee bin Mazlan.Sejumlah RM 45000 disumbangkan Johor Corporation (J-Corp) dan bakinya daripada Tabung Tijarah Ramadhan.
Penyerahan sumbangan Rayuan Hari Pahlawan (RHP) yang disampaikan oleh D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kepada Ketua Pengarah  JHEV ATM pada 28 Ogos 2010 di Masjid Jamek Sultan Ibrahim.