Wednesday, February 3, 2010

KAUNTER BERGERAK DI KOTA TINGGI

Pada 30 Januari 2010, JHEV Cawangan Johor telah mengadakan program Kaunter Bergerak dan Majlis Dialog bertempat di Dewan Serbaguna, Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor.

Program ini telah dilaksanakan selaras dengan objektif iaitu untuk membolehkan orang ramai khususnya warga Veteran ATM serta keluarga mereka mendapat pendedahan tentang kewujudan JHEV serta maklumat yang lebih lengkap dan tepat terutamanya mengenai peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan ini. Ia juga sebagai satu usaha promosi dan mendekatkan hubungan JHEV dengan warga Veteran ATM di daerah Kota Tinggi.

Program ini turut disertai oleh usahawan-usahawan Veteran ATM, Bank Muamalat dan Syarikat Perumahan Negara Berhad yang memberi penerangan tentang peranan dan projek-projek perumahan yang diuruskan oleh pihak SPNB khususnya Program Rumah Mesra Rakyat. Selain itu, seramai 19 orang bekas tentera telah dikurniakan Pingat Jasa Malaysia dalam majlis berkenaan.

Maklum balas yang diperolehi dari Veteran ATM menunjukkan mereka gembira dan berpuas hati dengan program ini kerana menerusi program Kaunter Bergerak dan Majlis Dialog, informasi berkenaan pencen, peluang kerjaya serta maklumat mengenai Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan dapat disampaikan secara langsung kepada mereka.

Sesi dialog Pengarah JHEV Cawangan Johor bersama Veteran ATM di Kota Tinggi.
Sesi bergambar penerima PJM bersama Pengarah JHEV Cawangan Johor.

Gerai usahawan Veteran ATM menerima sambutan yang amat menggalakkan.