Thursday, December 3, 2009

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS MINYAK KELAPA DARA (VCO) ANJURAN PERHEBAT

          KLUANG - 25 Nov 2009 bertempat di Institute Pertanian Air Hitam. Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor, Kapt Mohamad Shaifol bin Ramli telah menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Minyak Kelapa Dara (VCO). Kursus yang dianjurkan oleh PERHEBAT itu telah diadakan pada 23 November 2009 dan berakhir pada 25 November 2009 di Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang. Seramai 20 orang peserta terdiri daripada bekas tentera dan bakal pesara di negeri Johor hadir pada kursus tersebut.


Kapt Mohamad Shaifol sedang memberi ucapan semasa Majlis Penutupan Kursus Minyak Kelapa Dara (VCO).


Sebahagian daripada peserta yag hadir pada Kursus Kelapa Dara (VCO).