Wednesday, December 30, 2009

MINI EKSPO IKS JKKMBT

JHEV ATM Cawangan Johor telah bersama-sama terlibat dalam Mini Ekspo IKS yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Masyarakat Bandar Tenggara (JKKMBT) dengan kerjasama KEJORA pada 26 hingga 27 Disember 2009 di Kompleks Pentadbiran LBJT Cawangan Bandar Tenggara.

Booth JHEV mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang membanjiri mini ekspo ini. Kebanyakan pengunjung terdiri daripada Veteran ATM dan pelajar sekolah yang ingin mendapatkan informasi melalui risalah dan buletin yang diedarkan. Booth JHEV juga menempatkan 2 usahawan Veteran ATM untuk mempamerkan dan mempromosikan hasil produk keluaran mereka. Veteran ATM tersebut adalah Encik Azhar bin Ahmad yang menceburi perusahaan minyak kelapa dara dan Puan Azni binti Jantan yang mempromosikan produk kopi segera.

Kesimpulannya, mini ekspo ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan pihak JHEV Johor juga dapat menghebahkan peranan dan fungsi sebenar jabatan ini di kalangan umum walaupun dengan kemudahan serta bahan-bahan pameran yang terhad.


Anggota kakitangan JHEV Johor sedang melayan veteran.



Kakitangan JHEV Johor sedang memberi sedikit penerangan kepada pengunjung
Mini Ekspo IKS di Bandar Tenggara.



Mak Okid Usahawan veteran sedang sibuk melayan tetamu.



Usawan veteran En Azhar sedang mempamirkan produk Minyak Kelapa Dara.