Wednesday, December 9, 2009

KAUNTER BERGERAK JHEV ATM JOHOR DI KAHANG


           KAHANG - 5 Dis 2009 bertempat di Dewan MCA Kg Gajah, Kahang satu Program Kaunter Bergerak telah dianjurkan oleh JHEV ATM Johor. Program ini adalah merupakan salah satu pendekatan yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran bagi mendekati masyarakat veteran ATM bagi menyelesaikan masalah - masalah veteran dalam hal-hal berkaitan dengan kebajikan, pencen, kursus, latihan dan keusahawanan di sekitar daerah Kahang. Turut serta dalam program ini ialah pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang Pn  Faezah bt Ajmain, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor Pn Rosmawati bt Hj Mohammad dan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Kluang Hj Norazman bin Hassan. Turut serta dalam program tersebut Penolong pengurus PERHEBAT Zon Selatan Hj Rahim bin Abd Jalil. Seramai lebih kurang 120 orang veteran serta balu hadir dalam program tersebut. Seiringan dengan itu pihak JHEV ATM juga telah menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada anak veteran dan balu yang layak. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Cik Rohaizan bt Daud mewakili JHEV ATM.



Kaunter Bergerak di Dewan MCA Kg Gajah.


Pendaftaran veteran sebelum program bermula.


Kaunter Perubatan, jururawat sedang membuat pemeriksaan tahap kesihatan veteran.


Kaunter Jabatan Pembangunan Wanita.



Kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat



Kaunter usahawan veteran, Mak Okid sedang melayan pelanggan dengan produk kopi.

   
Hj Salleh bin Ibni Hassan Ketua Cawangan PBTM Kahang sedang memberikan ucapan aluan.



Pengarah JHEV Johor sedang memberikan sedikit ucapan sebelum memulakan sesi dialog.



Pn Faezah dari JKM Kluang sedang memberikan taklimat tentang peranan JKM


Pn Rosmawati Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita memberikan sedikit maklumat berhubung dengan peranan dan tugas JPW kepada balu-balu veteran.