Wednesday, February 3, 2010

KAUNTER BERGERAK DI KOTA TINGGI

Pada 30 Januari 2010, JHEV Cawangan Johor telah mengadakan program Kaunter Bergerak dan Majlis Dialog bertempat di Dewan Serbaguna, Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor.

Program ini telah dilaksanakan selaras dengan objektif iaitu untuk membolehkan orang ramai khususnya warga Veteran ATM serta keluarga mereka mendapat pendedahan tentang kewujudan JHEV serta maklumat yang lebih lengkap dan tepat terutamanya mengenai peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan ini. Ia juga sebagai satu usaha promosi dan mendekatkan hubungan JHEV dengan warga Veteran ATM di daerah Kota Tinggi.

Program ini turut disertai oleh usahawan-usahawan Veteran ATM, Bank Muamalat dan Syarikat Perumahan Negara Berhad yang memberi penerangan tentang peranan dan projek-projek perumahan yang diuruskan oleh pihak SPNB khususnya Program Rumah Mesra Rakyat. Selain itu, seramai 19 orang bekas tentera telah dikurniakan Pingat Jasa Malaysia dalam majlis berkenaan.

Maklum balas yang diperolehi dari Veteran ATM menunjukkan mereka gembira dan berpuas hati dengan program ini kerana menerusi program Kaunter Bergerak dan Majlis Dialog, informasi berkenaan pencen, peluang kerjaya serta maklumat mengenai Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan dapat disampaikan secara langsung kepada mereka.

Sesi dialog Pengarah JHEV Cawangan Johor bersama Veteran ATM di Kota Tinggi.
Sesi bergambar penerima PJM bersama Pengarah JHEV Cawangan Johor.

Gerai usahawan Veteran ATM menerima sambutan yang amat menggalakkan.

Monday, February 1, 2010

PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)

PONTIAN, Johor - Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor, Mej Khaler bin Alias telah menyempurnakan pengurniaan PJM kepada 17 orang Veteran ATM pada 19 Januari 2010 yang lalu di Dewan Haji Mahrom Sg. Naga Laut. Kg Api-Api, Pontian.

 
Sepatah dua kata dari Pengarah JHEV ATM, Mej Khaler bin Alias sebelum memulakan majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM).
















Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada salah seorang veteran ATM oleh Pengarah JHEV ATM, Mej. Khaler bin Alias.

 
Pengarah JHEV ATM bergambar bersama-sama penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM).

Tuesday, January 26, 2010

PROGRAM TAKLIMAT KEMUDAHAN PERUBATAN DAN FAEDAH KEBAJIKAN KEPADA VETERAN ATM

Program yang bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak hospital mengenai kemudahan perubatan yang layak diperolehi oleh pesara-pesara ATM akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 27 Januari 2010 (Rabu).
Masa  : 09.00 pagi hingga 4.30 petang.
Tempat: Grand Blue Wave Hotel
             9R Jalan Bukit Meldrum
             80300 Johor Bahru

Tuesday, January 19, 2010

KAUNTER BERGERAK DAN MAJLIS DIALOG JHEV ATM JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Program akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 30 Januari 2009 (Sabtu).
Tempat : Dewan Serbaguna Felda Air Tawar 5, 81920 Kota Tinggi, Johor.
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang.
Tujuan : Memberi taklimat dan maklumat terkini serta membantu Veteran ATM dalam mengatasi masalah pencen, kebajikan, sosioekonomi dan kursus-kursus berkaitan.

~ Dijemput semua bekas tentera, balu dan keluarga hadir ke program yang diaturkan.
~ Sila bawa bersama-sama Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86/92) atau Sijil Berhenti Askar Wataniah/Tentera British sebagai rujukan.

Wednesday, January 6, 2010

JAWATAN KOSONG DI PEJABAT DAERAH JOHOR BAHRU BAGI JAWATAN PEMANDU KENDERAAN GRED R3 (TETAP)

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah Johor Bahru dalam membuat pengambilan bagi mengisi kekosongan jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3 (TETAP). 
Tarikh tutup permohonan 29 Januari 2010.
Syarat lantikan bagi jawatan tersebut :
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan.
  4. Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali tempoh percubaan (P)].
  5. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
  6. Berkebolehan bertutur , membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.
Permohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan cara :
  1. Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh diperolehi di Pejabat Daerah Johor Bahru dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau dengan mengirim sampul surat berukuran 10cmX32cm (4x9inci) bersetem 50sen beralamat sendiri dengan mencatat "MEMOHON BORANG" di sudut sebelah atas kiri sampul surat.
  2. Boang-borang yang lengkap di isi hendaklah disertakan dengan salinan sah dokumen-dokumen berikut: Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah/Sijil Persekolahan, Kad Bekas Tentera dan Polis(jika ada), Lain-lain sijil/surat akuan berkaitan. Lesen Memandu.
  3. Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi Tahun 2008.
  4. Borang permohonan yang lengkap dipenuhi dihantar ke alamat: PEGAWAI DAERAH JOHOR BAHRU,PEJABAT DAERAH JOHOR BAHRU, JALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU, JOHOR.