JOHOR BAHRU - Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Pahlawan Peringkat Negeri Johor Tahun 2010 telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor pada 4 Ogos 2010 bertempat di Masjid Syuhada, Kem Majidee, Johor Bahru.Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran veteran ATM dan warga ATM sendiri.
Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Hari Pahlawan Peringkat Negeri Johor yang dihadiri oleh Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor.
Antara warga ATM dan Veteran ATM yang turut hadir dalam majlis tersebut.
Jamuan turut diadakan setelah selesai Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran.