Wednesday, November 18, 2009

Penyerahan Kerusi Roda Kepada Veteran En. Sahari Udin

         Mersing- 12 Nov 2009 bertempat di rumah veteran Felda Nitar-2. Veteran tentera, En Sahari bin Udin telah menerima bantuan sebuah kerusi roda daripada JHEV ATM negeri Johor. En Sahari merupakan seorang veteran yang juga peneroka telah mengalami hilang upaya kerana menghidap penyakit kencing manis, buah pinggang dan lemah jantung. Beliau telah diserang angin ahmar mengakibatkan beliau lumpuh separuh badan dan hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Kerusi roda yang beliau pakai sebelum ini telah rosak oleh itu dengan bantuan JHEV ATM negeri maka kerusi roda beliau itu digantikan dengan kerusi roda baru. Beliau amat berterima kasih tidak terhingga dengan keperihatinan JHEV ATM. Penyampaian kerusi roda tersebut telah disampaikan oleh Mej Khaler bin Alias Pengarah JHEV ATM Johor.


En Sahari bin Udin menerima kerusi roda baru.