Tuesday, October 20, 2009

Sumbangan Hari Raya di Muar Johor

Pada 18 Sep 2009 bertempat di Hotel Pelangi Muar Johor satu Majlis Sumbangan Hari Raya telah diadakan disini. Seramai 48 penerima sumbangan telah menerima duit raya sebanyak RM 500.00 setiap orang. Mereka ini terdiri daripada veteran yang berumur 70 tahun keatas yang masih menerima bantuan sarahidup dari Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, veteran yang cedera semasa operasi, balu yang masih menerima bantuan sara hidup, veteran yang tinggal di rumah orang tua dan anak yatim. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan Ketua Pengarah JHEV ATM.



Kata-kata aluan oleh pengacara majlis sebelum memulakan
penyampaian sumbangan.


Seramai 48 orang veteran dan balu menerima sumbangan
daripada Yayasan Veteran ATM.


Ketua Pengarah JHEV ATM menyampaikan sumbangan
kepada veteran kurang upaya.


Ketua Pengarah JHEV ATM menyampaikan sumbangan
kepada veteran yang cedera semasa operasi.


Ketua Pengarah JHEV ATM menyampaikan sumbangan
kepada balu.