Tuesday, May 31, 2011

DIARI JHEV JOHOR - FEBRUARI 2011

PROGRAM : KAUNTER BERGERAK DAN MAJLIS DIALOG JHEV ATM
TARIKH : 12 FEBRUARI 2011 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN JUBLI INTAN, LEDANG

DIARI JHEV JOHOR - JANUARI 2011

PROGRAM : MAJLIS MENTERI PERTAHANAN BERSAMA VETERAN ATM DAN KELUARGA
TARIKH: 29 JANUARI 2011
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA SUNGAI GATOM, LABIS

DIARI JHEV JOHOR - DISEMBER 2010

PROGRAM : MAJLIS PERJUMPAAN MENTERI BESAR JOHOR BERSAMA VETERAN ATM LABIS
TARIKH : 28 DISEMBER 2010
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA MAJLIS DAERAH LABIS



PROGRAM : MAJLIS DIALOG BERSAMA KETUA PENGARAH JHEV ATM DAN MEMPERKASA PBTM
TARIKH : 1 DISEMBER 2010
TEMPAT : DEWAN SRI PEKEMBAR, PAGOH MUAR

Thursday, December 9, 2010

JADUAL TEMUDUGA AKHIR PENGAMBILAN VETERAN ATM BAGI MENYERTAI PDRM

Sukacita dimaklumkan PDRM akan mengadakan temuduga akhir kepada 77 orang calon-calon Veteran ATM yang telah berjaya melepasi pemilihan saringan pertama baru-baru ini. Calon-calon tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga akhir oleh PDRM melalui surat dan telefon.Jadual temuduga bagi Negeri Johor seperti dibawah dan masa melapor untuk pendaftaran adalah pada jam 7.00 pagi :
  • Tarikh                             : 13 dan 14 Disember 2010.
  • Tempat                           :  IPD Batu Pahat. Johor.
  • Pakaian                           :
            • Lelaki   - Baju lengan panjang kemas dan tali leher.
            • Wanita  - Bersesuaian.
Bawa bersama Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 92) dan sijil-sijil Akademik dan sijil-sijil penghargaan yang asal. Untuk makluman lanjut, sila hubungi Laskar Kanan Alphanizam Ahmad Tamrad (019-2807913), Laskar Kelas1 Sahrul bin Abd Manang (012-3902960).  

Thursday, November 25, 2010

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA KETUA PENGARAH JHEV ATM DAN PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA TAHUN 2010

Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Pengarah JHEV ATM, YBhg Mej Jen Dato' Zulkiflee Bin Mazlan dan Penyampaian  Pingat Jasa Malaysia tahun 2010 telah diadakan di Hotel 11@Century, Johor Bahru pada 19 November 2010. Dalam majlis tersebut, beliau telah menyempurnakan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 20 orang penerima pingat di sekitar Johor Bahru sebagai menghargai jasa mereka kepada bangsa, agama serta negara.
Ketua Pengarah JHEV ATM sedang menyampaikan ucapan sebelum memulakan majlis.

Pengarah JHEV ATM Negeri Johor turut menyampaikan sepatah dua kata pada majlis tersebut.
Sebahagian tetamu yang hadir.
  Sesi bergambar penerima PJM bersama Ketua Pengarah JHEV ATM.