Tuesday, June 1, 2010

KAUNTER BERGERAK JHEV ATM JOHOR DI RENGIT, BATU PAHAT

RENGIT - Pada 29 Mei 2010 bertempat di Dewan Serbaguna Kg. Sungai Mengkudu Rengit, Batu Pahat satu Program Kaunter Bergerak telah dianjurkan oleh JHEV ATM Johor. Program ini adalah merupakan salah satu pendekatan yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM bagi mendekati masyarakat terutamanya veteran ATM menyelesaikan masalah - masalah veteran dalam hal-hal berkaitan dengan kebajikan, pencen, kursus, latihan dan keusahawanan di sekitar daerah Rengit. Turut serta dalam program ini ialah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor dan PERHEBAT Zon Selatan. Matlamat Kaunter Bergerak ini adalah bagi menghebahkan peranan dan fungsi JHEV ATM disamping memudahkan veteran ATM untuk menyuarakan masalah mereka.


Pendaftaran veteran sebelum program bermula.

Pengarah JHEV Johor, Mej Khaler bin Alias sedang memberikan sedikit ucapan sebelum memulakan sesi dialog.

Salah seorang veteran ATM mengajukan soalan pada Majlis Kaunter Bergerak.

PENYERTAAN PROGRAM MINI MAHA OLEH JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM JOHOR PADA 28 MEI 2010 - 30 MEI 2010 DI DATARAN SEGAMAT

JHEV Negeri Johor telah menyertai Program Mini Maha yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan pada 28 sehingga 30 Mei 2010 di Dataran Segamat. Booth JHEV telah mendapat sambutan daripada pengunjung Mini Maha yang ingin mendapatkan maklumat mengenai fungsi dan peranan JHEV ATM.

Dua orang usahawan Veteran ATM telah berpeluang mempromosikan hasil keluaran mereka iaitu Encik Azhar bin Ahmad yang mengusahakan minyak kelapa dara dan Puan Azni binti Jantan yang mengusahakn produk kopi segera jenama XS Adoptogen.


Produk kopi segera jenama XS Adoptogen keluaran Puan Azni.

Produk Minyak Kelapa Dara keluaran Encik Azhar.