Tuesday, April 6, 2010

Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor CIDB

JOHOR BAHRU - Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor CIDB kepada bekas anggota tentera di negeri Johor bermula 29 Mac 2010 hingga 1 April 2010 yang lalu. Kursus tersebut telah diadakan bertempat di Hotel Suria City, Johor Bahru dengan kehadiran seramai 16 orang Veteran ATM.

Lt Kol Che Abdullah Abd Wahab (Bersara) AMN PPA psc, Pengurus Pusat Latihan Tauliah Kontraktor CIDB, Kalam Saujana Sdn. Bhd. telah dilantik untuk mengendalikan kursus selama 4 hari ini.

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Mejar Zaidan bin Haji Zainudin (Bersara) selaku Pemangku Pengurus Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera Kampus Wilayah Selatan. Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Mej Khaler bin Alias, Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor.

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENUTUP KURSUS PENGURUSAN BISNES KONTRAKTOR CIDB

Monday, April 5, 2010

PELUANG KERJAYA SEBAGAI PEMANDU TEKSI EKSEKUTIF DI WARISAN ASTANA SDN BHD (SKIM SEWA BELI)

Warisan Astana Sdn Bhd ingin mempekenalkan perkhidmatan Teksi Eksekutif iaitu ICAB yang telah bermula sejak bulan November 2009 dengan menggunakan model kerata Kia Optima dan seterusnya akan menambah model kereta yang lain seperti Toyota Innova dalam waktu terdekat.

Sehubungan dengan itu, tawaran ini dipanjangkan kepada para veteran Atm yang berminat menceburi bidang kerjaya tersebut di sekitar Kuala Lumpur.Sila hubungi Encik Imran Sulaiman, Pengarah Operasi di nombor 019-6559227 atau di nombor talian pejabat 03-77223666 sekiranya memerlukan sebarang penjelasan lanjut.
( Imran Sulaiman 019-6559227,  Sazaluddin 017-2522150,  Khairuddin 019-2690230)

Kemudahan yang disediakan:
  • Uniform.
  • Cuti tahunan.
  • Radio teksi.
  • Insuran kemalangan (PA Insurance)
Syarat-syarat:
  • Jangkamasa sewa beli 5 tahun dan 6 tahun.
  • Mempunyai lesen PSV (teksi) yang sah.
  • Deposit yang berpatutan.