Thursday, November 25, 2010

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA KETUA PENGARAH JHEV ATM DAN PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA TAHUN 2010

Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Pengarah JHEV ATM, YBhg Mej Jen Dato' Zulkiflee Bin Mazlan dan Penyampaian  Pingat Jasa Malaysia tahun 2010 telah diadakan di Hotel 11@Century, Johor Bahru pada 19 November 2010. Dalam majlis tersebut, beliau telah menyempurnakan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 20 orang penerima pingat di sekitar Johor Bahru sebagai menghargai jasa mereka kepada bangsa, agama serta negara.
Ketua Pengarah JHEV ATM sedang menyampaikan ucapan sebelum memulakan majlis.

Pengarah JHEV ATM Negeri Johor turut menyampaikan sepatah dua kata pada majlis tersebut.
Sebahagian tetamu yang hadir.
  Sesi bergambar penerima PJM bersama Ketua Pengarah JHEV ATM.

TAKLIMAT DAN PENERANGAN OLEH PDRM BAGI PENGAMBILAN BEKAS TENTERA KE PERKHIDMATAN PDRM

Sukacita dimaklumkan, PDRM menawarkan kekosongan jawatan kepada Veteran ATM yang berminat serta berkelayakan seperti berikut: 1. Terbuka kepada Veteran ATM yang TIDAK BERPENCEN sahaja.

2. Bagi jawatan sebagai Konstabel Perkhidmatan Tetap (Regular)
Taraf Pendidikan
• Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan)
• Telah menduduki SPM mengikut sistem terbuka dengan mendapat kepujian di dalam 2 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam 4 mata pelajaran lain dalam satu peperiksaan atau dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
Kelayakan Fizikal Jawatan Konstabel
•Tinggi sekurang-kurangnya 1.63 m (lelaki) 1.57 m (wanita) tanpa sepatu.
•Berat sekurang-kurangnya 50 kg (lelaki), 46 kg (wanita).
•Ukuran lilitan dada biasa 81 sm dan 86 sm semasa menarik nafas. (lelaki sahaja).
•Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa bercermin mata atau menggunakan cermin mata/kanta lekap.
•Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. Dan;
•Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray.

3. Bagi jawatan sebagai Konstabel Perkhidmatan Sokongan
Taraf Pendidikan
•Lulus PMR dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut dengan gred C atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (termasuk lulus ujian lisan)
•Lulus mata pelajaran matematik pada peringkat peperiksaan tersebut dengan gred D.
Kelayakan Fizikal Jawatan Konstabel Sokongan
•Tinggi sekurang-kurangnya 1.57 m (lelaki) 1.52 m (wanita) tanpa sepatu.
•Berat sekurang-kurangnya 48 kg (lelaki), 47 kg (wanita).
•Ukuran lilitan dada biasa 81 sm dan 86 sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
•Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa bercermin mata atau menggunakan cermin mata/kanta lekap.
•Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. Dan;
•Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray.

4. Bawa bersama Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 92) dan sijil-sijil Akademik dan sijil-sijil penghargaan yang asal.

5. Syarat Lantikan Bagi Kedua-Dua Jawatan:
•Warganegara Malaysia.
•Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 30/11/2010.

Calon-calon dikehendaki menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi terus ke unit pengambilan, Ibu Pejabat Polis PDRM, Bukit Aman secara pos laju dalam tempoh satu minggu selepas tarikh borang permohonan dikeluarkan (20/11/2010) bagi Zon Selatan (Johor)
Veteran ATM yang berminat boleh menghubungi:

Bahagian Bimbingan Kerjaya
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Kementerian Pertahanan
Tingkat 2, 301, Medan Tuanku
Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 KUALA LUMPUR
(u.p : LT KDR BORHAN BIN DAUT TLDM)
No. Tel : 03-20508055

Untuk makluman lanjut, sila hubungi Lt Kdr Borhan bin Daut TLDM (013-7772021), Laskar Kanan Alphanizam Ahmad Tamrad (019-2807913).

PENDAFTARAN SECARA ONLINE DI LAMAN WEB SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) OLEH VETERAN ATM UNTUK PENGISIAN JAWATANDI IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA (RELA)

Adalah dimaklumkan bagi Veteran ATM yang ingin memohon jawatan di RELA dikehendaki mendaftar dahulu secara online di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu http://spa.gov.my/. Di samping itu mereka hendaklah menghantar sesalin slip cetakan pendaftaran permohonan bersama-sama borang permohonan pekerjaan dan lain2 dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan.

Wednesday, November 24, 2010

KAUNTER BERGERAK JHEV ATM JOHOR DI PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU

PASIR GUDANG - Pada 13 November 2010 bertempat di Balairaya Taman Mawar, Taman Mawar 81700 Pasir Gudang, satu Program Kaunter Bergerak telah dianjurkan oleh JHEV ATM Johor. Program ini adalah merupakan salah satu pendekatan yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM bagi mendekati masyarakat terutamanya veteran ATM menyelesaikan masalah - masalah veteran dalam hal-hal berkaitan dengan kebajikan, pencen, kursus, latihan dan keusahawanan di sekitar daerah Rengit. Turut serta dalam program ini ialah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor dan PERHEBAT Zon Selatan. Dalam majlis tersebut juga, turut diadakan sesi taklimat pengambilan tentera dalam perkhidmatan PDRM. Pihak PDRM telah menawarkan kekosongan jawatan kepada para veteran ATM yang berminat serta berkelayakan yang telah ditetapkan.
Sebahagian tetamu yang hadir.
Salah seorang veteran ATM mengajukan soalan pada Majlis Kaunter Bergerak.

Taklimat dan temuduga oleh PDRM bagi pengambilan bekas tentera ke perkhidmatan PDRM.