Friday, May 21, 2010

TAWARAN PEKERJAAN DARI IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA (RELA) DAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM (JAKIM) KEPADA VETERAN ATM

Sukacita dimaklumkan pihak RELA telah menawarkan 3 jawatan kosong secara kontrak kepada para veteran ATM yang berminat. Jawatan-jawatan tersebut adalah Pegawai Pertahanan Awam (Gred KP41), Penolong Pegawai Pertahanan Awam (Gred KP27) dan Pembantu Pertahanan Awam ( Gred KP17).

Dalam pada itu, JAKIM juga turut menawarkan jawatan kosong secara kontrak iaitu Pembantu Hal Ehwal Islam (Gred S17) kepada anggota pesara KAGAT bagi mengembangkan dakwah kepada saudara-saudara baru di kalangan masyarakat orang asli di negara ini.

Sehubungan dengan itu, kepada para veteran ATM yang berminat menceburi bidang kerjaya tersebut, sila majukan nama berserta dokumen berkaitan permohonan ke JHEV ATM untuk diberi sokongan sebelum dihantar kepada pihak JPA untuk diproses temuduga serta pemilihan.

Syarat Lantikan

Pegawai Pertahanan Awam (Gred KP41)
  • Warganegara Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya : ATAU
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya : ATAU
  • Bekas Penolong Penguasa PDRM atau Kapten ATM yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; DAN
  • lulus BM (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Penolong Pegawai Pertahanan Awam (Gred KP27)
  • Warganegara Malaysia
  • Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya : ATAU
  • Bekas Inspektor PDRM atau Leftenan ATM atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam perkhidmatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; DAN
  • lulus BM (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Pembantu Pertahanan Awam (Gred KP17)
  • Warganegara Malaysia
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan; ATAU
  • Bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; DAN
  • calon yang memiliki kelayakan seperti di atas hendaklah mendapat kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Pembantu Hal Ehwal Islam (Gred S17)
  • Warganegara Malaysia
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; ATAU
  • Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama oleh Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan; DAN
  • lulus BM (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Monday, May 10, 2010

KAUNTER BERGERAK DAN MAJLIS DIALOG DI DAERAH RENGIT

Program akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 29 Mei 2010 (Sabtu).
Tempat : Dewan Serbaguna Kampung Sungai Mengkudu, Rengit, Johor. 
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari.

Tujuan : Memberi taklimat dan maklumat terkini serta membantu Veteran ATM dalam mengatasi masalah pencen, kebajikan, sosioekonomi dan kursus-kursus berkaitan.

~ Dijemput semua bekas tentera, balu dan keluarga hadir ke program yang diaturkan.
~ Sila bawa bersama-sama Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86/92) atau Sijil Berhenti Askar Wataniah/Tentera British sebagai rujukan.

Monday, May 3, 2010

PENYERAHAN CEK ELAUN KENANGAN PINGAT KEBERANIAN BRITISH

KLUANG - Salah seorang vetaran ATM, Pbt Abd Jalil bin Abd Samad telah menerima Cek Elaun Kenangan Pingat Keberanian British. Cek tersebut yang berjumlah RM 15,000.00 yang meliputi bayaran elaun bagi bulan Julai 2009 sehingga April 2010 telah disampaikan oleh Mejar Khaler bin Alias, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor di rumah beliau sendiri di Kluang.

Mej Khaler bin Alias, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor menyampaikan Cek Elaun Kenangan Pingat Keberanian British kepada veteran ATM, Abd Jalil bin Abd Samat di rumah beliau.