Wednesday, December 30, 2009

MINI EKSPO IKS JKKMBT

JHEV ATM Cawangan Johor telah bersama-sama terlibat dalam Mini Ekspo IKS yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Masyarakat Bandar Tenggara (JKKMBT) dengan kerjasama KEJORA pada 26 hingga 27 Disember 2009 di Kompleks Pentadbiran LBJT Cawangan Bandar Tenggara.

Booth JHEV mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang membanjiri mini ekspo ini. Kebanyakan pengunjung terdiri daripada Veteran ATM dan pelajar sekolah yang ingin mendapatkan informasi melalui risalah dan buletin yang diedarkan. Booth JHEV juga menempatkan 2 usahawan Veteran ATM untuk mempamerkan dan mempromosikan hasil produk keluaran mereka. Veteran ATM tersebut adalah Encik Azhar bin Ahmad yang menceburi perusahaan minyak kelapa dara dan Puan Azni binti Jantan yang mempromosikan produk kopi segera.

Kesimpulannya, mini ekspo ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan pihak JHEV Johor juga dapat menghebahkan peranan dan fungsi sebenar jabatan ini di kalangan umum walaupun dengan kemudahan serta bahan-bahan pameran yang terhad.


Anggota kakitangan JHEV Johor sedang melayan veteran.



Kakitangan JHEV Johor sedang memberi sedikit penerangan kepada pengunjung
Mini Ekspo IKS di Bandar Tenggara.



Mak Okid Usahawan veteran sedang sibuk melayan tetamu.



Usawan veteran En Azhar sedang mempamirkan produk Minyak Kelapa Dara.


PENYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)

Batu Pahat, Johor - Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor, Mej Khaler bin Alias telah menyempurnakan pengurniaan PJM kepada 21 orang Veteran ATM pada 28 Disember 2009 yang lalu. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua PBTM Bahagian Negeri Johor, Tuan Haji Kamis bin Mohd Nor.


Pengarah JHEV Johor sedang menyematkan pingat PJM ke dada
seorang penerima pingat.



Veteran wanita menerima pingat PJM.



Penerima pingat PJM bergambar beramai-ramai.

PENERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN YAYASAN VETERAN ATM (SESI 2010) BAGI JHEV ATM CAWANGAN JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

BATU PAHAT - Pada 11 Disember 2009, Pen. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Johor, Kapt Mohamed Shaifol bin Ramli telah menyampaikan bantuan persekolahan Yayasan Veteran ATM kepada penerima-penerima bantuan persekolahan di daerah Batu Pahat. Senarai nama penerima adalah seperti berikut::
  1. Muhamad Anuar bin Abd Aziz
  2. Nur Hidayah binti Abd Aziz
  3. Nor Shahila binti Abd Aziz
  4. Mohamad Yusof  bin Abd Aziz
  5. Mohamad Lokman Nur Hakim bin Abdul Aziz
  6. Mydatulasniza
  7. Muhamad Nazib
  8. Mohd Saiful Hafizan
  9. Amirul Mukminin bin Mohd Hidzir
  10. Nor Hanani binti Aziz
  11. Muhamad Nor Aiman bin Aziz
  12. Muhamad Nor Hakim bin Aziz
  13. Nurul Nazira binti Jasni
  14. Mohd Aidil Daniel bin Jasni
  15. Muhammad Nor Hakim bin Jasmin
  16. Mohd Azrul bin Mohd Nasir
  17. Muhammad Amirul Ashraf bin Mohd Nasir
  18. Muhammad Aif Yusuf bin Mohd Nasir
  19. Mohd Azri bin Mohd Nasir
  20. Siti Khalidah binti Md Khalid
  21. Siti Khuzaimah binti Md Khalid
  22. Siti Khadijah binti M Khalid
  23. Nurfatin Suhaila binti Arbai
  24. Nurlia Asyikin binti Arbai
  25. Nurul Syafiqah
  26. Siti Zaharah binti Yusof
  27. Siti Khuzaliffah binti Kamaruzzaman
  28. Siti Khairiah binti Kamaruzzaman
  29. Muhammad Faiz bin Mohd Talib
  30. Aisyatul Amirah bin ohd Talib
  31. Haizatul Farhalena binti M. Azman
  32. Ahmad Kamarul Izuddin bin M. Azman
  33. Mohd Syafiq bin Suhaimi
  34. Aniztulhawa binti Khamis
  35. Nazirul Nulhakem binYouslee

Pen. Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor menyampaikan bantuan persekolahan kepada salah seorang bapa penerima bantuan sekolah di Batu Pahat.


Pen Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor menyampaikan bantuan persekolahan kepada salah seorang bapa penerima bantuan sekolah.

    Monday, December 14, 2009

    TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 (TETAP/KONTRAK)

    Sukacita dimaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakan temuduga terbuka Jawatan Pegawal Keselamatan Gred KP 11 Khas untuk Bekas Tentera Yang Tidak Berpencen pada tarikh berikut :
    • Tarikh          :     16 Disember 2009 (Rabu)
    • Masa           :     8.00 - 10.00 ( Pendaftaran )
    • Tempat        :     Stadium Titiwangsa,Taman Tasik Titiwangsa, Jalan  Tembeling, 53200 Kuala Lumpur.
    Sila bawa :
    1.  Kad pengenalan (Asal)
    2. Sijil kelahiran (Asal)
    3. Sijil-sijil persekolahan (Asal)
    4. Buku Perkhidmatan Tentera (Bagi bekas anggota tentera)
    5. Satu saalinan fotostat kad pengenalan, sijil persekolahan dan buku perkhidmatan tentera
    6. Sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan berpakaian kemas.
    Syarat lantikan:
    (a) Warganegara Malaysia.
    (b) Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh temuduga.
    (c)    (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf olehnya oleh  kerajaan; atau
           (ii) Bekas Prebet ATM yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
    (d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
           (i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
          (ii)  Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
         (iii)  Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurang 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja).
        (iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan v/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
        (v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
    dan
    (e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 2(c)(i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    Friday, December 11, 2009

    PENERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN YAYASAN VETERAN ATM (SESI 2010) JHEV ATM CAWANGAN JOHOR BAGI DAERAH KOTA TINGGI

    KOTA TINGGI - Pada 8 Disember 2009, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Johor telah menyampaikan bantuan persekolahan Yayasan Veteran ATM kepada penerima-penerima bantuan persekolahan di sekitar Kota Tinggi. Senarai penerima bantuan persekolahan Yayasan Veteran ATM di sekitar Kota Tinggi :
    1. Nur Farahin binti Ishak
    2. Sharin Azriq bin Mohamed
    3. Nurul Mahfuzah binti Rusli
    4. Muhammad Rasydan bin Rusli
    5. Fahmi Ikhwanuddin bin Mohd Sham
    6. Faris Iqmal bin Mohd Sham
    7. Muhammad Alif  Yusri bin Yusof
    8. Muhammad Aref Yazid bin Yusof

    Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor menyampaikan bantuan persekolahan kepada salah seorang bapa penerima bantuan sekolah.


    Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor menyampaikan bantuan persekolahan kepada salah seorang ibu penerima bantuan sekolah.

    PENERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN YAYASAN VETERAN ATM (SESI 2010) JHEV ATM CAWANGAN JOHOR BAGI DAERAH MERSING

    MERSING - Pada 8 Disember 2009, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Johor telah menyampaikan bantuan persekolahan Yayasan Veteran ATM kepada penerima-penerima bantuan persekolahan di sekitar Mersing. Senarai penerima bantuan persekolahan Yayasan Veteran ATM di sekitar Mersing :
    1. Abdul Rahman bin Abdullah
    2. Nur Maslina binti Abdullah
    3. Nor Salina bin Abdullah
    4. Mohamad Salehan bin Abdullah
    5. Rozita binti Abdullah
    6. Mohd Syawaludain bin Ishak
    7. Nurul Izzati binti Ishak
    8. Nur Fitrah binti Ishak
    9. Mohammad Syukur bin Kamarudin
    10. Anita Mastura bin Rozali
    11. Mohammad Nur Firdaus bin Rozali
    12. Ain Suraya binti Rozali
    13. Anis Suraya binti Rozali
    14. Annisa Sofia binti Rozali

    Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor menyampaikan bantuan persekolahan kepada salah seorang wakil penerima bantuan sekolah.


    Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor menyampaikan bantuan persekolahan kepada salah seorang ibu penerima bantuan sekolah.

    Wednesday, December 9, 2009

    KAUNTER BERGERAK JHEV ATM JOHOR DI KAHANG


               KAHANG - 5 Dis 2009 bertempat di Dewan MCA Kg Gajah, Kahang satu Program Kaunter Bergerak telah dianjurkan oleh JHEV ATM Johor. Program ini adalah merupakan salah satu pendekatan yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran bagi mendekati masyarakat veteran ATM bagi menyelesaikan masalah - masalah veteran dalam hal-hal berkaitan dengan kebajikan, pencen, kursus, latihan dan keusahawanan di sekitar daerah Kahang. Turut serta dalam program ini ialah pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang Pn  Faezah bt Ajmain, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor Pn Rosmawati bt Hj Mohammad dan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Kluang Hj Norazman bin Hassan. Turut serta dalam program tersebut Penolong pengurus PERHEBAT Zon Selatan Hj Rahim bin Abd Jalil. Seramai lebih kurang 120 orang veteran serta balu hadir dalam program tersebut. Seiringan dengan itu pihak JHEV ATM juga telah menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada anak veteran dan balu yang layak. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Cik Rohaizan bt Daud mewakili JHEV ATM.



    Kaunter Bergerak di Dewan MCA Kg Gajah.


    Pendaftaran veteran sebelum program bermula.


    Kaunter Perubatan, jururawat sedang membuat pemeriksaan tahap kesihatan veteran.


    Kaunter Jabatan Pembangunan Wanita.



    Kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat



    Kaunter usahawan veteran, Mak Okid sedang melayan pelanggan dengan produk kopi.

       
    Hj Salleh bin Ibni Hassan Ketua Cawangan PBTM Kahang sedang memberikan ucapan aluan.



    Pengarah JHEV Johor sedang memberikan sedikit ucapan sebelum memulakan sesi dialog.



    Pn Faezah dari JKM Kluang sedang memberikan taklimat tentang peranan JKM


    Pn Rosmawati Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita memberikan sedikit maklumat berhubung dengan peranan dan tugas JPW kepada balu-balu veteran.



    Thursday, December 3, 2009

    PENYERAHAN BANTUAN PERALATAN PESAKIT KEPADA ANAK VETERAN ATM, MOHAMAD RUZAINI BIN MD HASIM

    Johor Bahru - 27 Nov 2009 bertempat dirumah veteran beralamat di No 36, Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, 81100, Johor Bahru. Mohamad Ruzaini bin Md Hasim merupakan anak istemewa kepada veteran ATM, Encik Hasim bin Aslam mengalami masalah kecacatan sejak kecil lagi. Beliau juga mengalami kesukaran bagi menguruskan diri sendiri. Oleh itu, En Hasim bin Aslam  telah meminta bantuan dari pihak JHEV ATM negeri supaya beliau mendapat bantuan peralatan seperti kerusi roda, tilam dan katil untuk anak beliau. Peralatan tersebut telah mendapat kelulusan pihak JHEV ATM dan disampaikan oleh Penolong Pengarah JHEV negeri Johor Kapt Mohamad Saifol bin Ramli di rumah veteran. Peralatan tersebut bernilai RM 1480.00.


    Puan Sanidah binti Kardi, isteri veteran dan Mohamad Ruzaini bin Md Hasim menerima bantuan peralatan yang disampaikan oleh penolong pengarah JHEV ATM Cawangan Johor.

    MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS MINYAK KELAPA DARA (VCO) ANJURAN PERHEBAT

              KLUANG - 25 Nov 2009 bertempat di Institute Pertanian Air Hitam. Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor, Kapt Mohamad Shaifol bin Ramli telah menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Minyak Kelapa Dara (VCO). Kursus yang dianjurkan oleh PERHEBAT itu telah diadakan pada 23 November 2009 dan berakhir pada 25 November 2009 di Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang. Seramai 20 orang peserta terdiri daripada bekas tentera dan bakal pesara di negeri Johor hadir pada kursus tersebut.


    Kapt Mohamad Shaifol sedang memberi ucapan semasa Majlis Penutupan Kursus Minyak Kelapa Dara (VCO).


    Sebahagian daripada peserta yag hadir pada Kursus Kelapa Dara (VCO).