Monday, November 30, 2009

PENERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN YAYASAN VETERAN ATM 2010

Senarai penerima bantuan persekolahan Yayasan Veteran ATM bagi sesi 2010 bahagian Kluang yang akan disampaikan pada Majlis Kaunter Bergerak pada 05 Disember 2009 di Dewan MCA, Kampung Gajah, 86000 Kluang

1. Mohamad Norfadley bin Abdullah
2. Ridzwan bin Ahmad Kamaruzaman
3. An-Nuur binti Johari
4. Waheeda binti Jamali
5. Nasruddin bin Jamali
6. Qamarul Ariffin bin Jamali
7. Kishanthi A/p Kaliaselvum
8. Sivalethumi A/p Kaliaselvum
9. Gannesh A/l Kaliaselvum
10. Pavitira A/p Kaliaselvum
11. Nor Madiana binti Mohamad Tahir
12. Norliana binti Mohamad Tahir
13. Nor Akmal bin Mohamad Tahir
14. Nor Hafis bin Mohamad Tahir
15. Mohamad Nur Aidil Adha bin Mohd Fozi
16. Mohamad Nur Aidil Fitri bin Mohd Fozi
17. Siti Norhamidah binti Mohd Fozi
18. Nurul Atiqah binti Mohd Fozi
19. Al-Amin bin Omor
20. Nor Afizah binti Abd Hamid
21. Mohamad Nor Azlan bin Abd Hamid
22. Mohamad Nor Azhar bin Abd Hamid
23. Muhamad Syafiq bin Mohamad Yuti
24. Nur Syafiqah binti Tumiran
25. Nur Syuhadah binti Tumiran

Tuesday, November 24, 2009

Kaunter Bergerak Dan Majlis Dialog JHEV ATM Cawangan Johor Di Daerah Kluang

Majlis akan diadakan seperti berikut:
  • Tarikh : 05 Disember 2009.
  • Masa: 0800 – 1700.
  • Lokasi: Dewan MCA, Kampung Gajah 86000 Kluang.
  • Tujuan : Memberi taklimat semasa dan membantu Veteran ATM dalam mengatasi masalah pencen, kebajikan, sosioekonomi dan kursus.
Turut hadir PERHEBAT Negeri Johor. Mohon Veteran ATM yang hadir membawa bersama-sama Buku Rekod Perkhidmatan (BAT D 92/86/84) sebagai rujukan.

Wednesday, November 18, 2009

Penyerahan Kerusi Tandas Kepada Veteran En Khalid bin Hj Abd Ghani

          Muar- 17 Nov 2009 bertempat di rumah veteran di RS.38, Lorong Sekolah Maktab Adabi, Jalan Khalidi, 84000, Muar Johor. En Khalid bin Hj Abd Ghani ialah seorang veteran yang mengalami masalah lemah di bahagian kedua-dua kakinya menyebabkan beliau mengalami kesukaran untuk membuang air besar. Oleh itu beliau telah meminta bantuan dari pihak JHEV ATM negeri supaya beliau mendapat peralatan khas seperti Kerusi Tandas. Peralatan Kerusi Tandas tersebut telah mendapat kelulusan pihak JHEV ATM dan disampaikan oleh Penolong Pengarah JHEV negeri Johor Kapt Saifol bin Ramli di rumah veteran. Peralatan khas tersebut bernilai RM 360.00. En Khalid amat berterima kasih atas sumbangan dan keperihatinan dari pihak JHEV ATM kepada beliau.



En Khalid bin Hj Abd Ghani menerima sumbangan peralatan
khas Kerusi Tandas dari JHEV ATM negeri Johor.

Penyerahan Kerusi Roda Kepada Veteran En. Sahari Udin

         Mersing- 12 Nov 2009 bertempat di rumah veteran Felda Nitar-2. Veteran tentera, En Sahari bin Udin telah menerima bantuan sebuah kerusi roda daripada JHEV ATM negeri Johor. En Sahari merupakan seorang veteran yang juga peneroka telah mengalami hilang upaya kerana menghidap penyakit kencing manis, buah pinggang dan lemah jantung. Beliau telah diserang angin ahmar mengakibatkan beliau lumpuh separuh badan dan hanya bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Kerusi roda yang beliau pakai sebelum ini telah rosak oleh itu dengan bantuan JHEV ATM negeri maka kerusi roda beliau itu digantikan dengan kerusi roda baru. Beliau amat berterima kasih tidak terhingga dengan keperihatinan JHEV ATM. Penyampaian kerusi roda tersebut telah disampaikan oleh Mej Khaler bin Alias Pengarah JHEV ATM Johor.


En Sahari bin Udin menerima kerusi roda baru.